.....: Do What Makes yOu Happy, Be With Who Make yOu Smile, Laugh as Much as yOu Breathe, Love as Long as yOu Live :.....
Friday, September 6, 2013
Friday, August 30, 2013
Monday, August 26, 2013
2nd of June 2013
Assalamualaikum...
Yuppi! alhamdulillah akhirnya berkesempatan jugak saya meng upload several gambar kawin aitu...:)
rasa cm main kawin2 plak bila dah betol2 atas pelamin.. :P
Sesungguhnya, Allah akan membantu hambanya bila kita ingin membina masjid..
Thanks Allah for everything :')
sesungguhnya, kami merancang, Kau lah yg menentukan.
In sha Allah, semOga kekal hingga ke syurga, aminnnn
Enjoy the picture :)
wassalam.
Friday, August 23, 2013
Monday, August 12, 2013
Saturday, August 3, 2013
Thursday, August 1, 2013
Yeayy!! Kad Raya saya sudah siap! :)
Alhamdulillah, sempat jugak aku menyiapkan kad raya nieh... hehehe~
Bersusah payah jugak laa membuat nya.. almaklumlah, aku ni beginner jer dalam edit mengedit dlm photoshop.
Di kesempatan ini aku ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, sekiranya, seandainya terkasar bahasa, tersilap kata dan terguris hati . Kita manusia biasa, sentiasa membuat kesalahan... Jadi maafkan lahhh... :)
Emo plak tetiba kan~ haha!... Semoga kita akan bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan. In sha Allah :)
Tahun ini agak mencabar sebb first time lorr menjadi seorang Isteri menyambut Ramadhan & Syawal bersama suami terchinta encik Fakieh Fansury :')
Bersahur & Berbuka puasa bersama... Tiap kali nk berbuka mesti rushing kene balik rumah... terpaksa berlumba2 naik keta biar smpi umah cepat :P
Tapi alhamdulillah, Hubby memahami... siap tolong masak utk berbuka & bersahur tiap kali aku bz n balik keje lambat.. Thanks ya dear.. :"P
Alhadulillah, berkat yg mendoakan kebahagiaan kami... Sehingga ke syurga hendaknya.. aminnn~
Kalau sempat, aku upload gambar2 kawin nnti yek~ Harini last day kerja, so, takde laptop lah lepas ni.. cz ni company properties...huuhuhu~ >.<
Akhir kata,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat seluruh umat Islam di dunia yg menyambutnya... :)
WASSALAM
Wednesday, July 31, 2013
Tips suami tidak cari yang lain :)
Source from http://www.fizgraphic.com
Assalamualaikum w.b.t
Benarlah kata orang, alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza.
Sepatutnya, para isteri perlu menyedari bahawa amatlah penting untuk
seseorang isteri mengenali dan mengetahui segala perkara mengenai suami ,
memahami dan mengenalinya. Sifat semula jadi seorang lelaki iaitu ego,
memerlukan kita mengalah dalam segala hal. Lebih-lebih lagi, sudah
termaktub bahawa jaminan syurga anda ada padanya.
Sebenarnya, tidak susah untuk menjaga hati seorang lelaki dan memastikan
si dia setia dengan anda. Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda.
Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita.
Malangnya, tidak ramai para isteri berjaya memahami si suami, gagal
menawan hati si dia dan sebagainya. Ini adalah kerana anda tidak pernah
mengetahui dan mengenali sikap dan perilaku seseorang lelaki.
Di bawah merupakan beberapa langkah yang kita sebagai isteri lakukan supaya lelaki yang bergelar suami tetap setia bersama kita, insyaAllah.
1. Fahamilah perasaan suami
Faham persaan suami anda dari sudut seorang lelaki dan bukan cara untuk
mengubah personalitinya sebagai seorang lelaki seadanya. Cuma fahami
sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak
berlawanan dengan kehendak agama.
2. Gunakan kuasa pujukan
Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi.
Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah
minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya.
Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita
tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan
minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.
3. Menghormati dan memahami kehendaknya
Secara umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan
sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan menjadi penting ada
di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada
perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan
terserlah.
4. Tujukkan rasa gembira bila bersama
Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna
kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga
mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan .
Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan
kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan.
5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan
Dengarlah dengan penuh perasaan apa yang ingin dikongsi oleh suami.
Berjenaka dan gurau senda antara suami isteri dengan baik dan berfikiran
terbuka.
6. Menghormati diri sendiri
Seorang wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya mempunyai keupayaan
yang tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan peribadinya demi
menjaga maruah rumahtangga.
Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi dalam hubungan antara suami
isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat taulan atau jiran tetangga.
Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah
SWT mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu!
Wednesday, June 19, 2013
Cinta Bersatu...
Dedicated to My Hubby Fakieh Fansury
Natural - D'Masiv
Ku suka kamu apa adanya
Senatural mungkin aku lebih suka
Ku suka kamu begini saja
Bukan karena ada apa-apanya dari yang kau punya
Aku hidup di dunia
Ingin tenang baik-baik saja
Bersamamu aku bisa melewati itu
Senatural mungkin aku lebih suka
Ku suka kamu begini saja
Bukan karena ada apa-apanya dari yang kau punya
Aku hidup di dunia
Ingin tenang baik-baik saja
Bersamamu aku bisa melewati itu
Bukan aku yang mencarimu
Bukan kamu yang mencari aku
Cinta yang mempertemukan
Dua hati yang berbeda ini
Bukan kamu yang mencari aku
Cinta yang mempertemukan
Dua hati yang berbeda ini
Ku suka kamu apa adanya
Senatural mungkin aku lebih suka
Ku suka kamu begini saja
Bukan karena ada apa-apanya dari yang kau punya
Senatural mungkin aku lebih suka
Ku suka kamu begini saja
Bukan karena ada apa-apanya dari yang kau punya
Aku hidup di dunia
Ingin tenang baik-baik saja
Bersamamu aku bisa melewati itu, melewati itu
Ingin tenang baik-baik saja
Bersamamu aku bisa melewati itu, melewati itu
Bukan aku yang mencarimu
Bukan kamu yang mencari aku
Cinta yang mempertemukan
Dua hati yang berbeda ini
Bukan kamu yang mencari aku
Cinta yang mempertemukan
Dua hati yang berbeda ini
Cinta yang mempertemukan
Dua hati yang berbeda ini
Dua hati yang berbeda ini
Bukan aku yang mencarimu
Bukan kamu yang mencari aku
Cinta yang mempertemukan
Dua hati yang berbeda ini
Dua hati yang berbeda ini...
Bukan kamu yang mencari aku
Cinta yang mempertemukan
Dua hati yang berbeda ini
Dua hati yang berbeda ini...
Friday, May 24, 2013
Partime designer
Now ni ade lah dalam 10 design aku dah buat dalam 2, 3 bulan ni... free of charge, sebab aku buat sekadar suka2... belum lagi nk umumkan yg aku ni freelance designer... haha!! neway! saja je nk promote... :P
buat masa ni ade 2 person yg ingin kan perkhidmatan membuat logo, name card n facebook cover...
In sha Allah, ade rezeki, akan diperkembangkan lagi idea ni... dan akan menjadi yg lebih baik.. aminnn...
Sehingga ketemu lagi...daa! :)
Ayat 1000 Dinar
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang
bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari
segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak
disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri
bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk
menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan
segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa
bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Hikmah Ayat 1000 Dinar.
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir.
Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak
1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu
mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang
itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar,
seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut
bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan
pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang
tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan
menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia
dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang
boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah
sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi
Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah
dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang
tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar
di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak
walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat
Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya
itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri
tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang
baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus
mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau
diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang
tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini
ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan
kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan
ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat
perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan
kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah
tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya
dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap
ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk
diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan
seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa
menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup
setiap hambaNya. Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka
sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
Amalan
Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju.
Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di
premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam
perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita
mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal.
Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari,
sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang
betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa
untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk
perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang
mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan
tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan
darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang
sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat
seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.
.
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
- Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
- Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
- Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
- Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
- Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
- Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
- Baca ketika hendak tidur tiga kali,
- Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini,
eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan
kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita
jangkakan di masa mendatang.
Subscribe to:
Posts (Atom)




