Pict source from google.com*
Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk
dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang
walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak
lelaki?
Jawapan
Makna
pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin
kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka
perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia
telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam
telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika
hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk
meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam,
bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan
hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah
diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh
dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan
pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila
perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum
baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab
'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati
kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai
yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.