.....: Do What Makes yOu Happy, Be With Who Make yOu Smile, Laugh as Much as yOu Breathe, Love as Long as yOu Live :.....
Wednesday, July 31, 2013
Tips suami tidak cari yang lain :)
Source from http://www.fizgraphic.com
Assalamualaikum w.b.t
Benarlah kata orang, alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza.
Sepatutnya, para isteri perlu menyedari bahawa amatlah penting untuk
seseorang isteri mengenali dan mengetahui segala perkara mengenai suami ,
memahami dan mengenalinya. Sifat semula jadi seorang lelaki iaitu ego,
memerlukan kita mengalah dalam segala hal. Lebih-lebih lagi, sudah
termaktub bahawa jaminan syurga anda ada padanya.
Sebenarnya, tidak susah untuk menjaga hati seorang lelaki dan memastikan
si dia setia dengan anda. Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda.
Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita.
Malangnya, tidak ramai para isteri berjaya memahami si suami, gagal
menawan hati si dia dan sebagainya. Ini adalah kerana anda tidak pernah
mengetahui dan mengenali sikap dan perilaku seseorang lelaki.
Di bawah merupakan beberapa langkah yang kita sebagai isteri lakukan supaya lelaki yang bergelar suami tetap setia bersama kita, insyaAllah.
1. Fahamilah perasaan suami
Faham persaan suami anda dari sudut seorang lelaki dan bukan cara untuk
mengubah personalitinya sebagai seorang lelaki seadanya. Cuma fahami
sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak
berlawanan dengan kehendak agama.
2. Gunakan kuasa pujukan
Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi.
Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah
minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya.
Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita
tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan
minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.
3. Menghormati dan memahami kehendaknya
Secara umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan
sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan menjadi penting ada
di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada
perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan
terserlah.
4. Tujukkan rasa gembira bila bersama
Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna
kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga
mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan .
Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan
kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan.
5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan
Dengarlah dengan penuh perasaan apa yang ingin dikongsi oleh suami.
Berjenaka dan gurau senda antara suami isteri dengan baik dan berfikiran
terbuka.
6. Menghormati diri sendiri
Seorang wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya mempunyai keupayaan
yang tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan peribadinya demi
menjaga maruah rumahtangga.
Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi dalam hubungan antara suami
isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat taulan atau jiran tetangga.
Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah
SWT mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu!
Subscribe to:
Posts (Atom)